THIS MEANS WAR (2012)

Selain berborak mengenai fesyen terkini juga berita-berita perkembangan muzik secara global, kami juga akan membuat komen terhadap filem-filem yang sedang ditayangkan dipawagam, filem terbaik sepanjang zaman dan scene filem pendek di Malaysia. Walaupun komen kami ini bukan secara kritis dan intelek, kami berharap anda semua dapat gambaran penuh mengenai filem-filem ini sebelum anda menontonnya.

Filem pertama yang kami akan komen ialah This Means War. Filem ini baru sahaja ditayangkan secara umum di Malaysia pada 23 Februari yang lalu.

Filem komedi aksi ini hanya filem jenaka romantik ringan yang sesuai ditonton oleh pasangan bercinta atau sekumpulan gadis remaja yang sedang mencari makna bercinta. Cewah. Mengenai 2 orang pegawai Central Intelligent of America (CIA) yang berlainan personaliti tetapi gandingan mereka merupakan senjata ampuh bagi CIA untuk menyekat kejahatan, iaitu Agent FDR lakonan Chris PineStar Trek (2009) , Unstoppable (2010) – dan Agent Tuck lakonan Tom HardyInception (2010) , Warrior (2011) , The Dark Knight Rises (2012) – yang bersaing untuk memenangi hati seorang wanita yang pada mulanya sudah putus ada terhadap cinta iaitu Lauren lakonan Reese WitherspoonLegally Blonde (2001) , Just Like Heaven (2005)Water For Elephant (2011) .

Apabila mendapat tahu mereka saling mengorat wanita yang sama, tiba-tiba mereka terpaksa mengorbankan nilai persahabatan mereka untuk memenangi hati wanita ini. Lama kelamaan Lauren jadi bingung. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Kedua-duanya ganteng, romantik dan mempunyai kelebihan masing-masing dari segi seksualiti.

Banyak komedi terletak pada dialog Lauren dan kawan baiknya, Trish dan juga dialog gaduh antara FDR dan Tuck. Tapi bagi kami, ada satu nasihat Trish yang memberi kesan terhadap kami dan patut memberi kesan kepada wanita di luar sana.

“Don’t go for better man, find man that make you better woman.”

Kami tak mengesyorkan filem ini kepada mereka yang anti jiwang, peminat filem ganas dan penjimat wang.

Setakat artikel ini ditulis : Rotten Tomatoes Meter : Tomatometer 21% , Audience-like 74%

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: